RZ CATERING SERVICES dimiliki dan diuruskan oleh En. Rozlan Zainal Abidin bersama-sama isteri Puan Aliza Noh dan dibantu oleh adik ipar iaitu Chef Mohd Izwan (Chef Iwan) yang berpengalaman luas dalam menyediakan hidangan tradisional melayu. Sebelum menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga, Chef Iwan pernah bertugas di restoran terkemuka, hotel dan pernah bertugas bersama Lembaga Tabung Haji untuk menyediakan hidangan bagi Jemaah Haji Malaysia – khas untuk Jemaah VVIP.
Penubuhan ini juga menggabungkan pengalaman luas Salwa Noh, Rizal Noh dan Hakim Noh sekaligus memantapkan perkhidmatan katering yang ditawarkan oleh RZ Catering Services.
Berbekalkan pengalaman selama 10 tahun, RZ Catering Services kini mampu menyediakan khidmat pelbagai majlis, dari majlis rasmi ke majlis santai, samada di dalam dewan atau di kawasan rumah, konsep gerai di laman, Hari Sukan atau Hari Keluarga, berkelah atau beradat, RZ Catering Services sedia memenuhi setiap keperluan anda.
Kami sedia menerima tempahan untuk majlis yang berikut :-
· Kenduri Bertunang / Nikah / Kahwin
· Doa Selamat / Kesyukuran / Kenduri Arwah
· Majlis Tengahari / Minum Petang / Makan Malam
· Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya
Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan Set Kanopi beserta Scallop. Kerusi, Meja dan lain lain yang berkaitan.
RZ Catering Services kini berpusat di Taman Cheras Prima, Kajang.
|
· Memenuhi, menasihati dan memberi khidmat katering serta runding cara majlis yang terbaik kepada pelanggan
· Membina hubungan baik dan Prihatin terhadap kebajikan kakitangan
· Mempunyai rangkaian pembekal bahan mentah, makanan dan minuman yang luas, berdaya saing dan cekap untuk memastikan perkhidmatan sentiasa lancar dan baik
· Menjaga mutu perkhidmatan, dari segi penyediaan makanan yang sihat dan bersih dan bercitarasa.
· Memberi Perkhidmatan yang terbaik untuk kepuasan pelanggan yang berterusan |